Thursday, June 28, 2012

Alkisah beruk-beruk dengan maharaja beruk

Macam-macam tuduhan dipalitkan kepada Anwa Ibrahim. Liwat, miang, zina, dana haram, anak haram,....segala macam yang haramlah...Sekalian beruk-beruk yang suka dan galak sangat dengan tuduhan-tuduhan itu mencabar anwa supaya menyaman beruk-beruk yang bawak cerita tu. Anwa diperlecehkan tak berani saman kerana takut tembelangnya pecah di mahkamah. Kononnya semua rahsia anwa ada dalam kantung beruk-beruk ini.
Tup tup Msetar Online hari ni melaporkan bahawa seorang maharaja beruk, yang maha hebat pada pandangan beruk-beruk, mengatakan bahawa anwa ibrahim sangat galak sekarang menyaman beruk-beruk dan media beruk yang menuduhnya macam-macam disebabkan mahu menutup mulut beruk-beruk atas alasan ianya menjadi kes mahkamah. 
Apa cerita ni mat yeh? tak saman salah, saman pun salah. Inilah barangkali dinamakan dongeng beruk.
(beruk-beruk dalam kisah ini hanya khayalan penulis sahaja, tidak ada kaitan dengan yg hidup nak mampus atau yang dah kiok)

No comments: